Sunday 18 September 2011

PEMUDA PAS SOKONG USAHA DAULATKAN PALESTIN


KUALA LUMPUR, 19 Sept:

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah Presiden Mahmoud Abas yang akan meneruskan usaha untuk memastikan pengiktirafan negara Palestin berdaulat terutamanya ketika Persidangan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu tidak lama lagi. Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, pihaknya juga mempertikaikan kesungguhan Presiden Obama yang kelihatan tidak konsisten dalam janjinya dahulu ketika ucapannya di Mesir bahawa beliau akan memastikan bumi Palestin mndapat pembelaan yang sewajarnya.

Katanya, ucapan Presiden Amerika itu sejak akhir-akhir ini dilihat semakin menikus apabila Israel mengancam untuk berkerjasama dalam menjayakan pelan kedaulatan Palestin.

DPPM juga, ujarnya menyelar sikap kerajaan Malaysia bersama-sama seluruh negara umat Islam terutamanya kerjasama negara-negara pertubuhan persidangan Islam (OIC) yang dilihat sehingga kini tidak mampu untuk mengiktiraf dan menggerakkan inisiatif bagi negara Palestin berdaulat.

“Kerajaan Malaysia umpamanya sehingga kini tidak berani untuk menyuarakan isu ini di peringkat antarabangsa kerana khuatir kepada Amerika dan sekutunya,” ujarnya yang juga pengerusi lajnah itu.
Katanya, kekhuatiran tersebut menyelebungi sehingga membunuh ribuan umat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Justeru, tegasnya DPPM akan berusaha bersama-sama semua gerakan Islam antarabangsa bagi memastikan pembelaan sewajarnya untuk umat Islam Palestin.

“DPPM juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia mengekalkan sokongan buat umat Palestin,” katanya.
 

No comments:

Post a Comment