Sunday 18 September 2011

PEMUDA PAS SOKONG USAHA DAULATKAN PALESTIN


KUALA LUMPUR, 19 Sept:

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah Presiden Mahmoud Abas yang akan meneruskan usaha untuk memastikan pengiktirafan negara Palestin berdaulat terutamanya ketika Persidangan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu tidak lama lagi. Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, pihaknya juga mempertikaikan kesungguhan Presiden Obama yang kelihatan tidak konsisten dalam janjinya dahulu ketika ucapannya di Mesir bahawa beliau akan memastikan bumi Palestin mndapat pembelaan yang sewajarnya.

Katanya, ucapan Presiden Amerika itu sejak akhir-akhir ini dilihat semakin menikus apabila Israel mengancam untuk berkerjasama dalam menjayakan pelan kedaulatan Palestin.

DPPM juga, ujarnya menyelar sikap kerajaan Malaysia bersama-sama seluruh negara umat Islam terutamanya kerjasama negara-negara pertubuhan persidangan Islam (OIC) yang dilihat sehingga kini tidak mampu untuk mengiktiraf dan menggerakkan inisiatif bagi negara Palestin berdaulat.

“Kerajaan Malaysia umpamanya sehingga kini tidak berani untuk menyuarakan isu ini di peringkat antarabangsa kerana khuatir kepada Amerika dan sekutunya,” ujarnya yang juga pengerusi lajnah itu.
Katanya, kekhuatiran tersebut menyelebungi sehingga membunuh ribuan umat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Justeru, tegasnya DPPM akan berusaha bersama-sama semua gerakan Islam antarabangsa bagi memastikan pembelaan sewajarnya untuk umat Islam Palestin.

“DPPM juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia mengekalkan sokongan buat umat Palestin,” katanya.
 

Tuesday 6 September 2011

Mavi Marmara: Mapim bantah laporan PBB

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyuarakan bantahan dengan sekeras-kerasnya Laporan Suruhanjaya Palmer PBB berhubung serangan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara.
Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, laporan PBB itu merumuskan bahawa sekatan itu “adalah langkah keselamatan yang sah bagi mencegah senjata memasuki Gaza melalui laut.”
"Mapim mengutuk laporan itu dan menolak penemuan itu kerana ia dengan jelas bahawa laporan itu telah dilunturkan akibat tekanan Israel dan Amerika Syarikat," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyuarakan bantahan dengan sekeras-kerasnya Laporan Suruhanjaya Palmer PBB berhubung serangan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara.
Laporan PBB itu merumuskan bahawa sekatan itu “adalah langkah keselamatan yang sah bagi mencegah senjata memasuki Gaza melalui laut.”
MAPIM mengutuk laporan itu dan menolak penemuan itu kerana ia dengan jelas bahawa laporan itu telah dilunturkan akibat tekanan Israel dan Amerika Syarikat.
Laporan itu jelas memalukan terhadap prinsip asas keadilan antarabangsa dan perlindungan terhadap hak asasi manusia. Laporan itu jelas menggambarkan sikap hipokrit sebenar di pihak PBB yang tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.
Untuk menerima laporan berdasarkan sekatan haram oleh kuasa asing ke atas negara berdaulat sama seperti untuk menerima dan menghalalkan sebarang pendudukan oleh rejim luar terhadap negara lain.
Laporan PBB oleh Suruhanjaya Palmer berhubung pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara seharusnya mengenal pasti fakta bahawa pada 31 Mei 2010, tentera komando Israel dengan sengaja dan berniat jahat menceroboh kapal Freedom Flotilla di kawasan perairan antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang dikepung.
Dalam proses itu, mereka membunuh sembilan warganegara Turki yang berada di atas kapal Mavi Marmara dan mencederakan yang lain serta menangkap semua orang yang berada di atas kapal itu.
Ia merupakan serang yang telah dirancang dengan teliti terhadap aktivis kemanusiaan yang tidak bertindak ganas dan tidak bersenjata yang cuba untuk memecah sekatan haram Israel bagi menyampaikan bantuan penting. Mengakibatkan pembunuhan yang kejam.
Kami mempersoalkan kredibiliti laporan memandangkan apa yang berlaku disaksikan oleh seluruh dunia. Drama keganasan, tembakan dan memukul orang awam di atas kapal Mavi Marmara oleh tentera Israel direkodkan pada waktu sebenar dan tiada siapa yang berakal waras dapat menafikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan itu.
Tiada asas bagi pesuruhjaya itu untuk merumuskan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri sendiri dan memberikan alasan terhadap tindakan dengan menerima ia sebagai langkah keselamatan yang sah.
Jika ini diterima maka ia bermakna kini PBB mengakui sekatan ke atas Gaza oleh Israel yang pada hakikatnya menunjukkan kenyataan yang kuat ke atas menghalalkan tindakan Israel ke atas Gaza.
Isu asasnya adalah jelas. Pertama sekali ialah sekatan haram ke atas Gaza adalah bertentangan sama sekali dengan undang-undang antarabangsa. Kedua kapal Mavi Marmara jelas berada di dalam kawasan perairan antarabangsa apabila Israel melancarkan serangan ganas dan tidak bertamadun itu. Ketiga serangan itu dilakukan terhadap orang awam yang tidak bersenjata di atas kapal Mavi Marmara itu.
Laporan yang mengambil masa hamper setahun itu merumuskan kesahihannya untuk diterima sebagai laporan yang boleh dipercayai. Memandangkan Israel telah menggunakan keganasan yang berlebihan adalah penjelasan yang melunakkan daripada dasar yang tidak berperikemanusiaan dan ganas sebenar Israel menyebabkan masalah terhadap Gaza dan semua rantaian misi kemanusiaan untuk membebaskan Gaza.
Ia seharusnya sudah mencukupi untuk mendapatkan pengakuan daripada penumpang yang selamat bahawa semua rundingan untuk membenarkan laluan selamat oleh misi bantuan kemanusiaan tidak bersenjata ke Gaza berhadapan dengan tindakan ganas oleh tentera Israel dengan arahan menembak untuk membunuh.
Rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian itu boleh menjadi saksi dengan merakamkan semula bagaimana lapan rakyat Turki ditembak dan belia Amerika ditembak dalam jarak dekat lebih 12 kali di bahagian belakang dan hadapan. Rakaman itu juga menyaksikan bagaimana beliau didera, dipukul, ditendang dan dipijak sebelum mereka menembaknya.
Bukti forensik juga menunjukkan kebanyakan mangsa yang mati ditembak beberapa kali, termasuk di belakang atau pada jarak yang dekat tidak diambilkira dalam bahan yang dikemukakan oleh Israel.
MAPIM mengutuk dengan sekeras-kerasnya laporan itu dan menolak penemuan itu memandangkan laporan itu dengan jelas telah dilunakkan terhadap tekanan Israel dan Amerika Syarikat.
Laporan itu telah menolak isu asas paling utama dan ia adalah sekatan haram oleh Israel ke atas Gaza.
Di bawah undang-undang antarabangsa dan Amerika Syarikat, sekatan adalah tindakan perang, yang didefinisikan sebagai:
O mengepung negara atau objektif dengan tindakan ganas;
O langkah untuk mengasingkan musuh;
O mengepung dan pengepungan;
O mencegah laluan masuk atau keluar bekalan, pasukan tentera, atau bantuan dalam masa atau sebagai tindakan perang; dan
O tindakan peperangan laut untuk menyekat laluan kepada kawasan pantai musuh dan menafikan kemasukan semua kapal dan kapal terbang.
Palestin yang diduduki tidak mendedahkan ancaman kepada Israel. Di masa lalu, Israel mengakuinya. Hasilnya, mengenakan sekatan mencabul Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa dan undang-undang Amerika Syarikat. Ia juga satu tindakan keganasan secara haram di bawah Piagam Nurembeg yang menyatakan “jenayah antarabangsa tertinggi terhadap keamanan.”
Pada September lepas, Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) mengeluarkan penemuan yang mengutuk, yang “merumuskan bahawa siri pencabulan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa, telah dilakukan oleh tentera Israel sewaktu memintas flotilla dan ketika menahan penumpang di Israel sebelum dihantar pulang.”
Laporan itu seharusnya mengemukakan bahawa di bawah undang-undang konflik bersenjata, sekatan juga haram jika:
(a)  Tujuan utamanya ialah untuk memastikan penduduk awam kelaparan atau menafikan keperluan penting untuk hidup; atau
(b) Kemusnahan terhadap orang awam atau mungkin dijangka berlebihan dalam hubungan yang konkrit atau penyertaan dengan kelebihan ketenteraan secara langsung.
Dalam perkataan lain, tiada sekatan dibenarkan jika ia membahayakan orang awam. Israel telah melakukannya dengan berniat jahat untuk tempoh lebih empat tahun, secara kolektif menghukum penduduk Gaza secara haram, di sebalik mengakui bahawa tiada ancaman keselamatan yang wujud.
HRC berkata campur tangan Israel adalah tidak mengikut undang-undang “memandangkan tidak terdapat asas perundangan bagi tentera Israel untuk melakukan serangan dan memintas di kawasan perairan antarabangsa.”
Tambahan lagi, dengan berbuat demikian Israel “wajib” untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan “kewajipan terhadap hak asasi manusia antarabangsanya” sendiri.
Oleh yang demikian, HRC merumuskan bahawa penggunaan pasukan itu “keterlaluan, tidak seimbang, berlebihan, tidak wajar dan mengakibatkan pembunuhan yang tidak dapat dielakkan sepenuhnya dan mencederakan sebilangan besar penumpang awam.”
Tambahan lagi, Israel cuba “ menghilangkan atau memusnahkan bukti,” di samping memalsu serta mereka versi sendiri termasuk video palsu dan bahan lain yang dipalsukan.
Kami merasa amat kesal terhadap jenayah yang tidak dapat dipertikaikan lagi terhadap kemanusiaan dan sebagai Setiausaha Agung PBB amat memalukan sekali, dengan suruhanjaya yang pro Israel, mempersendakan keadilan dan kredibiliti anda sendiri dalam proses ini.
Untuk perhatian bahawa bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer mempengerusikan pasukan siasatan bersama dengan Presiden Colombia, Alvaro Uribe sebagai naib pengerusi. Rekodnya yang teruk ketika memegang jawatan dan kesalahan terhadap hak asasi manusia seharusnya secara automatik tidak melayakkannya untuk menduduki jawatan itu.
Beliau tercemar dengan rasuah dan skandal yang berkait rapat dengan kartel dadah Negara itu dan pasukan penembak mati separa tentera. Hasilnya beliau bertanggungjawab secara langsung bagi pembunuhan beribu ahli kesatuan sekerja, campesinos, pekerja hak asasi manusia, wartawan, dan penentang lain terhadap negara pengganas Colombia dan hubungan dengan penjajahan Amerika Syarikat.
Malangnya beliau telah dilantik untuk memutuskan sama ada komado Israel melakukan jenayah kerana Presiden Colombia merupakan penyokong terhadap jenayah Israel dan Amerika Syarikat.
Mereka merasa bercampur-baur antara membebaskan pembunuhan kejam Israel dan mengutuk kepungan haram.
Laporan PBB “ mendapati apabila komando Israel mendarat di atas kapal Mavi Marmara mereka berdepan ‘penentangan ganas dan terancang daripada kumpulan penumpang’ dan oleh sebab itu memaksa mereka untuk menggunakan kuasa bagi melindungi mereka sendiri.”
Bagaimanapun, penggunaan “berlebihan dan tidak munasabah” menyebabkan kematian dan kecederaan serta layanan yang mendera penumpang oleh Israel.
Laporan itu juga dengan keras mengkritik penganjur flotilla, menyatakan “mereka bertindak cuai dalam usaha untuk memecah kepungan tentara laut,” dengan menambah bahawa “ terdapat persoalan yang serius mengenai kelakuan, keadaan sebenar dan objektif penganjur flotilla terutama sekali IHH (pertubuhan kebajikan Turki). Penekanan juga terhadap Turki yang dikatakan boleh melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk mempengaruhi rakyatnya untuk tidak menyertainya.
Tidak sepertimana yang dijelaskan di atas:
(1) Kepungan ke atas Gaza adalah haram. Mengatakan sebaliknya adalah tidak wajar. Sama ada Hamas, kumpulan penentangan Palestin lain atau Pihak Berkuasa Palestin yang mengancam Israel, kecuali dalam mempertahankan diri tehadap serangan Israel sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.
(2) Semua peserta flotilla tidak bersenjata, aktivis hak asasi manusia yang tidak ganas. Mereka diserang dengan ganas di perairan antarabangsa. Tambahan pula, komando Israel mensasarkan rakyat Turki untuk dibunuh. Mereka mengenal pastinya dan menembaknya beberapa kali dengan kejam pada jarak yang dekat.
(3) HRC meneliti bukti yang sama, mengesahkan Israel bersalah melakukan jenayah.
Kami menuntut tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pegawai Israel yang bertanggungjawab termasuk Netanyahu, Menteri Pertahanan Ehud Barak, bekas Ketua Pasukan Tentera Gabi Ashkenazi, dan Komander Tentera Laut Admiral Eliezer Marom.
Pengampunan tidak boleh diterima. Sekali lagi Israel terlepas daripada tindakan, bebas untuk melakukan lebih banyak jenayah peperangan dan kemanusiaan di samping apa yang berlaku setiap hari di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqadis Timur.
Ia perlu dihentikan segera, hapuskan sekatan ke atas Gaza, pendudukan Israel dan memberikan kenegaraan kepada Palestin sepenuhnya serta keahlian penuh PBB pada bulan ini apabila Perhimpunan Agung PBB bersidang kelak.
Kami menuntut tindakan Israel yang tidak pernah mematuhi undang-undang mestilah dihentikan dengan segera melalui Mahkamah Antarabangsa. Sebarang tindakan yang telah dilakukan oleh Israel terhadap Negara berdaulat mestilah boleh disaman melalui Mahkamah Antarabangsa bagi mendapatkan ganti rugi dan bagi mendapatkan perintah menyekat sementara untuk menghentikannya.

Sejarah Adolf Hitler dari sisi yang lain. Kenapa kita menerima sejarah dari versi yang berbeza?



Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) Yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.